Waktu Sekarang di Arau ,Perlis Malaysia

Selamat datang




I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, Februari 28, 2009

BENGKEL APRS (AUTOMATIC POSITION REPORT SYSTEM)

Kepada semua peminat radio amator (bercallsign atau SWAL) bolehlah hadir ke dewan UNIMAP Kuala Perlis, pada 07.03.2009 jam 10.30 am. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Mr Art Takahashi dari Negara Jepun. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Azmeer (9W2AZV) di talian 0174172911.

MESYUARAT AGONG KELAB PEMINAT RADIO AMATOR PERLIS (PARC)

Mesyuarat Agong PARC bagi tahun 2009 akan diadakan
pada 28.02.2009 Hari Sabtu Jam 9.00 malam. Bertempat di IKM Beseri Perlis.
Semua ahli adalah dijemput hadir. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 9W2PKL Cik gu Aminuddin di talian 0195293113. Sila masuk ke simplek 145.215.
Kepada mana mana rakan amator yang ingin mengetahui lebih lagi berkaitan aktiviti rakan amator Perlis terutama aktiviti PARC bolehlah memantau di http://www.amatorarau.blogspot.com

Khamis, Februari 26, 2009

EYEBALL BULANAN RAKAN AMATOR KOTA SETAR

Kepada semua rakan rakan amator yang memantau di blog ini satu eyeball bulanan bagi bulan Februari 2009 akan diadakan pada 28.02.2009  Sabtu jam 9.00 malam di Restoran MYVi di Jalan Gangsa Alor Setar.
Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha KSARC , 9W2RSH Cikgu Rashdan di talian 0124198977

Ahad, Januari 18, 2009

Pancarulang RKG baru dibaikpulih

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua rakan yang memantau di blog saya ini. agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Insyaalah jika ada kelapangan akan saya masukkan gambar-gambar terkini dan cerita-cerita terkini di blog ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan biro repeater KSARC di Alor Setar yang membaik pulih repeater RKG pada hari Ahad , 18 Januari 2008 yang bersamaan dengan hari keputeraan Sultan Kedah.
Sudah 3 kali rakan rakan mendaki ke puncak untuk membaik pulihnya. Diharapkan agar kali ini ianya akan kembali seperti dahulu.
Terima kasih juga kepada rakan yang menyediakan repeter backup yang dapat digunakan oleh rakan rakan semasa repeter di atas Gunung Keriang tidak berfungsi.
Sudah lama kita tidak mendengar 2 meter net di RKG disebabkan kerosakan repeter ini.
Kepada rakan rakan SWL yang sedang menanti keputusan diharap bersabar kerana mungkin masa yang ditunggu sudah hampir tiba.

Isnin, Jun 02, 2008

EXCO REPEATER PERBAIK REPEATER





Semasa turun dari gunung


Letihnye tak terkata

Yang Menunggu di bawah

Rabu, Mei 28, 2008

Eyeball 25.05.2008

Pada malam 25.05.2008 di adakan eyeball di restoran bersebelahan
dengan kedai minyak Petronas Jalan Dato' Kumbar Alor Setar.

Selasa, Mei 27, 2008

Kelas RAE 17.05.2008 dan 25.05.2008

Sabtu, Mei 17, 2008

JOTA


Jambory On The Air

Jumaat, Mei 09, 2008

Laman Web

Baru-baru ini laman web untuk Kelab Radio Kota Setar telah dilancarkan anda boleh melayarinya di http://www.ashamradio.com/. Sila ke laman web ini jika ingin dapatkan sebarang info dan ingin mengemukakan sebarang cadangan.
kalau nak tengok gambar sila masuk ke http://picasaweb.google.com/9w2cdr

Ahad, Mei 04, 2008

Kelas RAE di Sekolah Menengah Dato Syed Omar Alor Setar

Pengumuman kepada semua rakan SWAL , KSARC akan mengadakan kelas RAE bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan pada bulan Jun yang akan datang akan bermula pada malam Hari Isnin 5hb Mei 2008 bertempat di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar Alor Setar.

Sabtu, Mei 03, 2008

Gambar 9W2MUS di Maktab Rendah Sains MARA Pendang





Pengenalan Diri

Assallammualaikum dan Selamat Sejahtera semua rakan-rakan semua.
Saya Rasidi bin Abd Rahman dari Taman Sri Wang Fasa 3 , Arau , Perlis.
Bersalt Mine di Pertubuhan Peladang Kawasan MADA A1
Guar Sanji , Arau , Perlis.
Menggunakan Callsign 9W2CDR.
Baru sahaja mengenali hobi radio amatur hasil dari ajakan kawan untuk mengambil RAE 2/2007 pada bulan September 2007 yang lalu.
Berterima kasih kepada semua yang terlibat sehingga saya berjaya berterbangan bersama di udara dengan rakan-rakan ham lain.